SELAMAT DATANG KE BLOG CIK RUZIANA AZODIN ZAKARIA

Monday, 27 May 2013

REFLECTION - WEEK THIRTEEN -

This week, its my turn to present the teaching planning. I am very enjoy to present it. These is my friend and I task (^_^)


 
 
Tajuk
Haiwan di darat
Masa
9.00am – 10.00am
Umur kanak-kanak
6 tahun
Bilangan kanak-kanak
25 orang
Pengetahuan sedia ada
1)Kanak-kanak pernah melihat haiwan darat.
 
2)Kanak-kanak pernah mendengar bunyi haiwan darat.
 
Objektif
1)Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang haiwan di darat. 
2)Kanak-kanak dapat mengenal pasti haiwan di darat.
3)Kanak-kanak di beri pendedahan mengenai perbezaan di antara haiwan di darat dan haiwan di laut.
4)Kanak-kanak dapat senaraikan haiwan di darat yang lain.
 
 
Hasil pembelajaran
Di akhir pengajaran, kanak-kanak akan dapat :
1)Mengenal haiwan di darat.
2)Mengecam rupa bentuk haiwan.
3)Menamakan 4 jenis haiwan darat dengan betul.
 
Set induksi
1)Sesi soal jawab bersama kanak-kanak
2)Puppet
3)Bercerita 
4)Lagu
5)Bunyi dari haiwan menggunakan radio
6)Go animate
 
 
Isi kandungan pelajaran
1)Guru memulakan set induksi dengan lakonan menggunakan puppet. Kemudian guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang tema iaitu haiwan di darat.
 
2)Guru menayangkan video tentang haiwan darat, menunjukkan kad gambar haiwan darat kepada murid-murid dan meminta murid-murid menamakan haiwan tersebut.
 
3)Guru kemudian menunjukkan kad perkataan nama haiwan  dan membaca nama pada kad perkataan tersebut.
 
4)Setelah membaca guru meminta salah seorang murid untuk melekatkan kad perkataan tersebut pada kad gambar haiwan yang betul.
 
5) Guru memperdengarkan bunyi haiwan darat dan meminta murid-murid mengecam dan meneka bunyi haiwan tersebut.
 
6)Guru memberi latihan iaitu dengan menyambung titik mengikut urutan nombor berdasarkan gambar haiwan dengan betul. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid dan meminta murid membuat latihan tersebut dengan betul.
 
7)Setelah selesai guru akan mengumpulkan latihan dan membuat penilaian. Guru menilai hasil kerja murid dan memberi pujian kepada murid di atas hasil kerja  keras mereka.
 
8) Guru memainkan lagu “Haiwan Kesayanganku”. Guru menyanyi dahulu mengikut irama muzik dan meminta kanak-kanak menyanyikan lagu tersebut dengan betul mengikuti iringan muzik. Murid-murid akan menyanyikan lagu dan membuat pergerakan yang betul.
 
Media pengajaran
1)Bahan cetakan 
2)Bahan elektronik 
3)Video
 
 
Kaedah pengajaran
1)Latih tubi
2)Aktiviti kumpulan
 
3)Demostrasi
Latihan
Work sheet
 
 
Aktiviti-aktiviti pembelajaran
 
1)Puppet
2)Kad gambar
3)Bercerita
4)Melukis
 
5)Mewarna
 
6) Puzzle
Penilaian
1)Soal jawab
2)Ujian
3)Kerja rumah
 

 
AKTIVITI PEMBELAJARAN

       Puppet

 
 

No comments:

Post a Comment